Friday, April 19, 2013

Kau Pergi Jua Sahabatku....


Pukul 1040 malam 18 April 2013 merupakan tarikh keramat yang tidak mungkin dapat dilupa seumur hidup ini. Seorang sahabat yang dikenali kepintaran, kebijaksanaan, kemesraan, kebaikan, baik hati, rendah diri, jujur, tidak pernah berkira dan semua yng sukar untuk dinyatakan disini telah pergi menyahut seruan-NYa.

Kesedihan di hati sukar untuk digambarkan. Pemergiannya bermakna hilang seorang teman, kawan dan sahabat yang akan dikenang sampai mati. Dirinya tiada pengganti!!

Semoga pemergiaanmu sahabat dapat meghapus kesakitan yang kau tanggung selama ini. KANSER...kau pembunuh sahabat ku ini! Kejamnya... Sedang usia masih muda dan masih banyak perkara yang mahu dikongsi bersama teman-teman disekeliling & keluarga tercinta, dirimu pergi sahabat ku.

Airmata...usah diungkap. Mengalir tanpa mahu berhenti. Terpandang gambar kita bersama membuat hati semakin sedih dan sayu..

Doa untukmu sahabat...semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan biarkan Bapa membawamu ke syurga sana sahabatku. Biarkanlah dirimu sahabat duduk tenang disebelah kanan Bapa. Amen!!

1 comment:

  1. hanya doa mampu aku berikan...sejak terpisah dlu sampai ke nafas akhirmu aku xsempat berjumpa dgnmu..pernah aku kata kan hasrat utk menghubungi tetapi tiada siapa yg dpt membantu...kawan maafkan aku...semoga dirimu tenang disana..andai suatu hari aku dtg ke alam itu aku harap kita berjumpa disana

    ReplyDelete