Friday, November 9, 2012

Lain yang diharap Lain pula yang datang

Musim praktikum (latihan mengajar) sudah hampir tiba. Semester kedua di IPG dilalui dengan baik dan lancar meskipun terdapat sedikit huru-hara pada pertengahan semester jika nak dibandingkan dengan semester pertama yang saya kira sangat lancar. Ini bermaksud, tinggal semester depan yang tinggal yang pengisiannya adalah PRAKTIKUM, BIG (PERKHEMAHAN), KISSEM & beberapa aktiviti persediaan seperti pendedahan KSSR, pertolongan cemas etc. 

Bila menyebut berkenaan PRAKTIKUM, hari ini keputusan penempatan sudah diperolehi. Saya ditempatkan di Prasekolah IPGKTAR. Bagai kaca terhempas ke atas batu. Gugur jatung! Gugur semangat! Gugur berkecai harapan diri!!.Benar. Benci keadaan begini. Lain yang saya impikan, lain pula yang saya dapat. Saya sangat berharap agar diri ditempatkan di sekolah sebenar. Yang mempunyai guru-guru lain dan persekitaran persekolahan. 

Tambahan pula, inilah satu-satunya peluang yang saya ada untuk mempersiapkan diri untuk menggalas status bakal guru prasekolah lelaki. Sebelum ini memang mempunyai pengalaman mengajar tetapi bukan di prasekolah (dunia dimana kanak-kanak sedang & baru bertumbuh). Pernah menjadi tutor di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), pernah mengajar di sekolah menengah dan juga merupakan jurulatih untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). 

Dunia pendidikan awal kanak-kanak ini sangat baru dan asing bagi saya. Oleh sebab itu, saya rasakan saya mahu menimba sebanyak mungkin ilmu pendidikan awal kanak-kanak ini sebelum benar-benar turun ke medan perjuangan (ditempatkan di sekolah). Ini kerana bagi saya apabila sudah ditempatkan di sekolah, eksperimen tidak lagi boleh dilakukan. DO RIGHT AT FIRST!!!! ;-) Jangan memperjudikan masa depan kanak-kanak.! Itu pegangan diri. 

Secara jujur, saya mengharap saya ditempatkan di prasekolah, sekolah sebenar. TQ

No comments:

Post a Comment