Tuesday, November 6, 2012

James Bond - SKYFALL


Skyfall raih RM861j

pix_gal0

Selepas 10 hari ditayangkan, filem James Bond capai pungutan box office di seluruh dunia

Walaupun belum ditayang di Amerika Syarikat (AS), filem terbaru ejen perisik James Bond, Skyfall mencapai kutipan box office apabila mengaut lebih RM861 juta (AS$287 juta) di benua Eropah dan Asia.

Kutipan ini adalah tertinggi direkodkan dalam sejarah 50 tahun ejen perisik 007 yang sudah mengumpul 23 judul sejak karya pertama, Dr No diterbitkan pada 1962. 
Mengikut statistik industri perfileman, Skyfall yang mula ditayang di AS, Jumaat ini, memungut RM471 juta (AS$157 juta) pada Sabtu dan Ahad lalu, mengetepikan jauh jumlah kutipan judul terdahulu seperti Quantum of Solace dan Casino Royale. 



Laman blog melaporkan, Skyfall merekodkan pembukaan terbesar di Jerman dengan pungutan lebih RM70 juta (AS$23.9 juta), menjadikan ia filem paling berjaya tahun ini.

Sambutan peminat Switzerland terhadap Skyfall juga tidak mengecewakan apabila filem itu meraih pungutan hampir RM16 juta ((AS$5.3 juta). Filem lakonan Daniel Craig ini turut mendapat sambutan hangat di Itali, Sepanyol, Belanda, Austria, India, Taiwan dan Mexico.

Di Malaysia, hampir semua pawagam yang menayangkan Skyfall terutama bagi tayangan hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad lalu, dikerumuni peminat. Malah ada yang terpaksa pulang hampa apabila tiket bagi semua tayangan habis termasuk slot tengah malam.

Tertinggi di UK

Di United Kingdom (UK), produksi Skyfall boleh tersenyum lebar kerana filem ini memperoleh pungutan kasar lebih RM77 juta (AS$25.7 juta) pada Sabtu dan Ahad lalu. Ini adalah kutipan tertinggi yang direkodkan bagi pembukaan filem James Bond dalam sejarah filem ini di UK - negara asal Bond.

Sehingga hari ini, Skyfall memungut lebih RM250 juta (AS$85.8 juta) di UK.

Merentas Lautan Pasifik di Amerika Syarikat (AS), tinjauan sebelum pembukaan Skyfall meramalkan pungutan lebih RM240 juta (AS$80 juta) bakal diraih filem aksi ini berdasarkan reaksi peminat James Bond di seluruh AS.

Difahamkan, pembukaan Skyfall di AS ditangguhkan bagi mengelak bertembung dengan Pilihan Raya Presiden AS 2012 dan Taufan Sandy.


INFO

* Ditayang di 81 negara
* Mulai ditonton sejak 26 Oktober di Eropah dan Asia
* Kos pembikinan RM600 juta (AS$200 juta)  * Dibintangi Daniel Craig (sebagai James Bond); Judi Dench (M); Javier Bardem (Raoul Silva); Ralph Fiennes (Gareth Mallory) dan Naomie Harris (Eve) 

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SkyfallraihRM861j/Article/

No comments:

Post a Comment