Thursday, May 24, 2012

Selamat Hari Guru

Hahahaaaa.... Termasuk tahun ini rasanya sudah 4 tahun ucapan itu saya terima dari murid-murid dan rakan sekerja. Dan setiap kali itu juga saya dapat rasakan bahawa jiwa saya tenang dan gembira kerana ungkapan itu. Selamat Hari Guru!!! 

Esok merupakan sambutan Hari Guru peringkat institut (25 Mei 2012). Tidak sabar rasanya untuk menyaksikan sambutan yang pasti meriah itu. Pasti dipenuhi dengan ucapan SELAMAT HARI GURU.!!

Teringat pula kisah pertama kali saya menyambut sambut hari guru sebagai seorang guru pada tahun 2009 di SMK Balai Ringin. Perasaan itu cukup indah. Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan itu. Antara percaya atau tidak saya duduk bersebelahan dengan bekas guru yang mengajar saya di tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Seorang guru yang paling baik dan cool pernah saya jumpa. Sehingga ke saat ini pun beliau cukup cool dan seorang guru yang dedikasi. Terima kasih Cikgu!! 

Masih jelas diingatan ungkapan pertama cikgu itu apabila saya pertama kali melapor diri di SMK Balai Ringin awal tahun tersebut. 

"Apooo....tidak terasa sangat Chard. Kamu sudah jadi cikgu sama macam saya. Nampak gaya saya sudah tualah maksudnya. Saya sudah ada legasi dalam profesion perguruan ini yang saya hasilkan." Dengan bangga cikgu saya itu bercerita kepada rakan-rakan beliau. Riak gembira jelas dimukanya.

Aarrghhh... saya pun mahu seperti itu. Detak hati. Jadi cikgu yang baik dan mesra murid. Saya mahu jadi cikgu yang berjaya memberi didikan bermakna untuk murid-murid saya. SEORANG GURU BOLEH HASILKAN RIBUAN GURU!!!! Betul juga ungkapan ini.

Harap-harap saya pun akan berjaya dalam bidang yang cukup saya cintai ini. SAYA BANGGA MENJADI GURU!!!

No comments:

Post a Comment